Monday, December 6, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1432

Barangkali ramai yang tidak ingat tentang sejarah hari tahun baru mengikut kalendar islam untuk semua penganut beragama islam di seluruh dunia hari ini. Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia 
menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi 
Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan
hari pertama Takwim Hijrah.

Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di 
seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia. Alhamdulillah ke hadrat ilahi dengan izinNya kerana kita sekali lagi dapat menyambut bersama - sama dengah rasa penuh kesyukuran serta seribu keberkatan untuk semua
umat islam di seluruh dunia dan terutamanya kepada warga e-Didik. 
Sekian dari kami pihak e-Didik. Wallahualam...

No comments:

Post a Comment