Saturday, November 3, 2012

Tips Berguna Terutama Calon SPM 2012

Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua calon SPM 2012 yang akan bermula pada hari Isnin ini (5 November 2012). Berikut adalah sedikit panduan bagi menghadapinya.


Sebelum menjawab


1. Tidak perlu risau kerana anda telah hampir sampai ke penghujung. Sudah semestinya segala persediaan telah dilakukan.
2. Baca doa sebelum menjawab
3. Patuhi arahan pengawas peperiksaan.
4. Pastikan tempat duduk seperti kerusi dan meja dalam keadaan baik dan selesa. Jika tidak sila maklumkan kepada pengawas.
5. Pastikan alat tulis anda lengkap. Bawa sekurang-kurangnya 2 batang pen bermata bulat berwarna hitam atau biru. Jangan gunakan pen berwarna selain hitam dan biru.
6. Pastikan anda membawa kad pengenalan dan slip peperiksaan.
7. Tidur awal pada malam peperiksaan. Selesaikan urusan peribadi seperti buang air, sarapan dan sebagainya sebelum masuk ke dalam dewan.
8. Berpakaian kemas (impression kepada pengawas).
9. Jangan bising dan jangan berbual dengan kawan-kawan apabila sudah berada di dalam dewan terutama selepas kertas peperiksaan diedarkan.
10. Jangan bawa sebarang kertas, nota atau catatan ke dalam dewan peperiksaan. Anda mungkin dibenarkan membawa masuk botol air minuman.


Semasa menjawab

1. Baca arahan dengan teliti dan jangan abaikan dengan tidak membaca arahan. Arahan kemungkinan berbeza daripada biasa.
2. Gunakan sebaik-baiknya masa yang diperuntukan. Masa yang diperuntukkan adalah tempoh yang sesuai untuk menjawab semua soalan.
3. Jangan terlalu menumpukan kepada soalan tertentu sahaja sebaliknya bahagikan masa dengan bijak agar soalan lain dapat dijawab.
4. Praktikkan apa yang telah ditunjukkan oleh guru semasa di dalam kelas, jangan buat perubahan pada saat akhir.
5. Walaupun anda boleh keluar awal kerana telah selesai menjawab, anda dinasihatkan supaya berada di dalam dewan sehingga masa tamat kerana apabila anda telah melangkah keluar dewan, anda tidak dibenarkan masuk semula.
6. Tulisan buruk tidak mengapa asalkan bersih dan kemas.
7. Bagi setiap bahagian soalan, gunakan helaian/halaman berasingan. Susun mengikut urutan selepas selesai menjawab jika ada helaian tambahan.
8. Kertas jawapan jangan diikat terlalu ketat, berikan ruang supaya pemeriksa boleh menyelak dengan senang.


Selesai menjawab.

1. Pastikan angka giliran dan no kad pengenalan telah ditulis di skrip jawapan.
2. Pastikan semua jawapan telah diikatkan bersama.
3. Letakkan skrip jawapan dan kertas soalan di atas meja sebagaimana yang diarahkan.
4. Jangan keluar dewan sehingga diarahkan.
5. Jangan berbual atau berbuat bising.
6. Pastikan kad pengenalan dan slip peperiksaan telah disimpan.
7. Sila keluar dewan apabila diarahkan.
8. Anda tidak digalakkan berbincang tentang kertas yang telah lepas, tumpukan kepada kertas yang akan datang.

Selamat berjaya!

- sumber Peribahasa SPM

Wednesday, October 17, 2012

Tawaran Istimewa Pakej Sewa Bilik di e-Didik


Buat julung - julung kalinya Pusat Tuisyen e-Didik menawarkan perkhidmatan kepada sesiapa mereka yang berminat untuk mengadakan sebarang aktiviti seperti seminar,mesyuarat,pusat latihan,kelas, & sebagainya anda boleh berurusan dengan pihak kami dengan membuat tempahan bilik segera.
Berikut adalah pakej yang disediakan

KAPASITI BILIK :
- (Bilik Besar) = Anggaran Max 25 Orang
- (Bilik Kecil) = Anggaran Max 15 Orang

KEMUDAHAN BILIK :
- Penghawa Dingin
- Kerusi
- Meja
- Papan Putih
- Pen Maker
- Pemadam

KEMUDAHAN LAIN :
- Mesin Photostat
- Kertas Photostat (A4)
- Ruang Solat Lelaki & Perempuan
- Tandas
- Kedai Makan & Runcit Berdekatan

HARGA :
- (Bilik Besar) = RM 100/jam & jam seterusnya RM 50/jam
- (Bilik Kecil) = RM 80/jam & jam seterusnya RM 30/jam

HARI :
- Isnin - Ahad *Kecuali Cuti Umum

Untuk melihat keadaan bilik termasuk persekitarannya sila layari laman web rasmi kami di http://edidikcentre.wix.com/lamanwebrasmi#!galeri-foto

Monday, October 15, 2012

JOM Cepat Sertai Bermula Sekarang!!!

Mungkin beberapa persoalan ini akan bermain di fikiran anda semasa tibanya cuti sekolah...
Ke manakah anak semasa cuti sekolah nanti?
Adakah dia pergi bermain tanpa belajar?
Adakah dia selamat semasa anda bekerja?
Jangan kuatir, kami di Pusat Tuisyen e-Didik ada penyelesaiannya iaitu kami menawar Program Cuti Sekolah 2012 & Program Cemerlang 2013 sebagai persediaan anak anda dalam matlamat kami membentuk pelajar TERMANTAP, TERHEBAT, & TERPELAJAR!!! 
Sila rujuk risalah kami @ boleh datang segera ke lokasi kami untuk membuat pendaftaran segera kerana tempat TERHAD!


Thursday, August 2, 2012

TERKINI!!! PROGRAM TEKNIK BELAJAR 'A' 100 EXCEL Q MINDS PADA 8 SEPTEMBER 2012



PERHATIAN! Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana barisan penceramah motivasi program ini terdiri dari kalangan yang berpengalaman & bertauliah. Pastikan anda antara yang tersenarai dalam program ini sebelum 8 Sept 2012 kerana TEMPAT TERHAD. Sila klik pada risalah kami untuk paparan besar.

Thursday, March 29, 2012

Risalah Paling Terkini Kami - Sertai Sekarang Jangan Tunggu Lagi Tempat Terhad Pendaftaran Terbuka!

Tahniah Untuk Para Bekas Calon SPM 2011

As salam & salam sejahtera semua! Kami di pihak edidik ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yg selama ini berhempas pulas untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM baru-baru ini.. Bagi mereka yang gagal ia tidak bererti anda gagal untuk selamanya kerana masih banyak lagi ruang & peluang akan anda tempuh lagi selepas ini.. All the best & good luck semua!!! :)

Sunday, January 15, 2012

Selamat Tinggal 2011, Selamat Datang 2012

Siri untuk tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi & episod tahun 2012 pula bakal menjelma dengan memberi 1001 rencah & asam garam kehidupan yang baru pada kita semua.. selalunya bila disebut tentang tahun baru mesti soalan paling popular akan digembar - gemburkan adalah azam baru.. apakah azam baru anda? jikalau berazam hendaklah seiring dengan nekad & dipandang serius seterusnya berusaha keras untuk mencapainya.. janganlah hanya angan - angan @ sekadar cakap - cakap kosong sahaja.. pada hakikatnya apa yang pasti kita yang masih lagi hidup di muka bumi Allah S.W.T. serta mempunyai tenaga yang diberikanNya lagi ini seharusnya sentiasa bersyukur
dengan apa yang kita sedang nikmati sekarang.. sesungguhnya kebahagian & keamanan adalah perkara
mustahak sebagai batu loncatan bagi mencapai segala impian yang kita impi.. lihat sahaja para saudara islam kita di bumi palestin mereka hampir lumpuh secara keseluruhannya yang kini hanya bergantung kepada pertolongan negara - negara luar seperti malaysia untuk membantu mereka dengan memberi segala yang termampu.. oleh yang demikian, kita yang berada di negara yang mempunyai berbilang kaum & bangsa ini mestilah mempunyai 1 azam yang kuat untuk kita sama - sama mempertingkatkan & memajukan serta mempermantapkan diri seterusnya kepada negara agar lebih cemerlang ke hadapan dalam apa jua perkara sekalipun.. insyaAllah.. amin...

Monday, January 9, 2012

JADUAL WAKTU KELAS SESI 2012

* Sebarang perubahan kelas tertakluk pada waktu dari semasa ke semasa mengikut guru yang mengajar. Harap maklum.