Sunday, January 2, 2011

2010 berlalu, 2011 menjelma

Siri untuk tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi & episod tahun 2011 pula bakal menjelma dengan memberi 1001 rencah & asam garam kehidupan yang baru pada kita semua.. selalunya bila disebut tentang tahun baru mesti soalan paling popular akan digembar - gemburkan adalah azam baru.. apakah azam baru anda? jikalau berazam hendaklah seiring dengan nekad & dipandang serius seterusnya berusaha keras untuk mencapainya.. janganlah hanya angan - angan @ sekadar cakap - cakap kosong sahaja.. pada hakikatnya apa yang pasti kita yang masih lagi hidup di muka bumi Allah S.W.T. serta mempunyai tenaga yang diberikanNya lagi ini seharusnya sentiasa bersyukur
dengan apa yang kita sedang nikmati sekarang.. sesungguhnya kebahagian & keamanan adalah perkara
mustahak sebagai batu loncatan bagi mencapai segala impian yang kita impi.. lihat sahaja para saudara islam kita di bumi palestin mereka hampir lumpuh secara keseluruhannya yang kini hanya bergantung kepada pertolongan negara - negara luar seperti malaysia untuk membantu mereka dengan memberi segala yang termampu.. oleh yang demikian, kita yang berada di negara yang mempunyai berbilang kaum & bangsa ini mestilah mempunyai 1 azam yang kuat untuk kita sama - sama mempertingkatkan & memajukan serta mempermantapkan diri seterusnya kepada negara agar lebih cemerlang ke hadapan dalam apa jua perkara sekalipun.. insyaAllah.. amin...