Wednesday, August 10, 2011

Mari Belajar AL-QURAN

Buat julung - julung kalinya Pusat Tuisyen e-Didik dengan kerjasamasama Cendekiawan Educare Putrajaya sebulat suara menganjurkan kelas teknik mengaji dan mengajar  Al-Quran yang dinamakan sebagai AL-BAGHDADI yang diasaskan oleh Ustaz Jalaluddin B. Haji Hassanuddin. Sebagai muqadimah anda dijemput untuk menghadiri sesi pengenalan mengenai teknik AL-BAGHDADI ini iaitu bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Persint 9 (1) pada 20 Ogos 2011  bersamaan 20 Ramadhan 1423 hari Sabtu dari pukul 9 pagi hingga 12 t/hari. Taklimat ini akan diketuai oleh pengasasnya sendiri iaitu Ustaz Jalaluddin. Berikut adalah serba sedikit info mengenai teknik AL-BAGHDADI.

Teknik Al-Baghdadi adalah satu lagi teknik baru yang diolah bagi memudahkan setiap lapisan masyarakat mempelajari ASAS al-Quran. Set Buku Teknik Al-Baghdadi menggunakan sistem SAS, padat dan ringkas serta kreatif melalui penemuan ABM yang dinamakan sebagai ALAT KETUK. Alat Ketuk ini dipercayai boleh menarik minat anak-anak amnya untuk belajar Al-Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan serta merangsang kreativiti. Tambahan pula, keistimewaan yang terdapat jika anda mengikuti kelas ini ialah anda dapat mengikuti pembelajaran yang sistematik, pendekatan yang inovatif dan anda akan mendapat teknik pengajaran yang efektif.

Selain itu, kelas berikut akan menyediakan Program-program Pelatihan Asas, Kelab Tajwid dan Kelab Asas yang bermodulkan TEKNIK AL-BAGHDADI.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh menghubungi terus pihak e-Didik di talian :
  • 03 8888 6634 ( PEJ. e-DIDIK 3 ptg - 10 mlm )
  • 012 227 8801 ( HAJI SOFIAN )
  • 013 678 1427 ( CIKGU WAN )



*PERHATIAN! Tawaran pendaftaran pelajar baru masih lagi dibuka. Berminat sila hubungi pihak kami segera. Kehadiran anda amat dialu-alukan. Harap maklum. Terima Kasih.


Berikut adalah cara-cara teknik Al-Baghdadi dipraktikkan semasa dalam proses pembelajaran


Teknik Al-Baghdadi telah diundang ke dalam salah sebuah rancangan di TV3