Thursday, November 24, 2011

TERKINI!!! Program Cuti Sekolah Sesi 2012



Sempena cuti sekolah ini Pusat Tuisyen e-Didik telah mencari inisiatif untuk mengisi waktu lapang anda dengan menyediakan program cuti sekolah yang menarik lagi berkualiti serta berpatutan sebagai persiapan awal menjelang pembukaan sesi persekolahan untuk tahun 2012. 
Kehadiran anda amat dialu-alukan.
Sertailah kami segera sekarang!!!

Wednesday, August 10, 2011

Mari Belajar AL-QURAN

Buat julung - julung kalinya Pusat Tuisyen e-Didik dengan kerjasamasama Cendekiawan Educare Putrajaya sebulat suara menganjurkan kelas teknik mengaji dan mengajar  Al-Quran yang dinamakan sebagai AL-BAGHDADI yang diasaskan oleh Ustaz Jalaluddin B. Haji Hassanuddin. Sebagai muqadimah anda dijemput untuk menghadiri sesi pengenalan mengenai teknik AL-BAGHDADI ini iaitu bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Persint 9 (1) pada 20 Ogos 2011  bersamaan 20 Ramadhan 1423 hari Sabtu dari pukul 9 pagi hingga 12 t/hari. Taklimat ini akan diketuai oleh pengasasnya sendiri iaitu Ustaz Jalaluddin. Berikut adalah serba sedikit info mengenai teknik AL-BAGHDADI.

Teknik Al-Baghdadi adalah satu lagi teknik baru yang diolah bagi memudahkan setiap lapisan masyarakat mempelajari ASAS al-Quran. Set Buku Teknik Al-Baghdadi menggunakan sistem SAS, padat dan ringkas serta kreatif melalui penemuan ABM yang dinamakan sebagai ALAT KETUK. Alat Ketuk ini dipercayai boleh menarik minat anak-anak amnya untuk belajar Al-Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan serta merangsang kreativiti. Tambahan pula, keistimewaan yang terdapat jika anda mengikuti kelas ini ialah anda dapat mengikuti pembelajaran yang sistematik, pendekatan yang inovatif dan anda akan mendapat teknik pengajaran yang efektif.

Selain itu, kelas berikut akan menyediakan Program-program Pelatihan Asas, Kelab Tajwid dan Kelab Asas yang bermodulkan TEKNIK AL-BAGHDADI.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh menghubungi terus pihak e-Didik di talian :
  • 03 8888 6634 ( PEJ. e-DIDIK 3 ptg - 10 mlm )
  • 012 227 8801 ( HAJI SOFIAN )
  • 013 678 1427 ( CIKGU WAN )



*PERHATIAN! Tawaran pendaftaran pelajar baru masih lagi dibuka. Berminat sila hubungi pihak kami segera. Kehadiran anda amat dialu-alukan. Harap maklum. Terima Kasih.


Berikut adalah cara-cara teknik Al-Baghdadi dipraktikkan semasa dalam proses pembelajaran


Teknik Al-Baghdadi telah diundang ke dalam salah sebuah rancangan di TV3

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Sumber - Wikipedia


Sunday, January 2, 2011

2010 berlalu, 2011 menjelma

Siri untuk tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi & episod tahun 2011 pula bakal menjelma dengan memberi 1001 rencah & asam garam kehidupan yang baru pada kita semua.. selalunya bila disebut tentang tahun baru mesti soalan paling popular akan digembar - gemburkan adalah azam baru.. apakah azam baru anda? jikalau berazam hendaklah seiring dengan nekad & dipandang serius seterusnya berusaha keras untuk mencapainya.. janganlah hanya angan - angan @ sekadar cakap - cakap kosong sahaja.. pada hakikatnya apa yang pasti kita yang masih lagi hidup di muka bumi Allah S.W.T. serta mempunyai tenaga yang diberikanNya lagi ini seharusnya sentiasa bersyukur
dengan apa yang kita sedang nikmati sekarang.. sesungguhnya kebahagian & keamanan adalah perkara
mustahak sebagai batu loncatan bagi mencapai segala impian yang kita impi.. lihat sahaja para saudara islam kita di bumi palestin mereka hampir lumpuh secara keseluruhannya yang kini hanya bergantung kepada pertolongan negara - negara luar seperti malaysia untuk membantu mereka dengan memberi segala yang termampu.. oleh yang demikian, kita yang berada di negara yang mempunyai berbilang kaum & bangsa ini mestilah mempunyai 1 azam yang kuat untuk kita sama - sama mempertingkatkan & memajukan serta mempermantapkan diri seterusnya kepada negara agar lebih cemerlang ke hadapan dalam apa jua perkara sekalipun.. insyaAllah.. amin...